Thursday, November 24, 2011

SCOUT JAMBOREE 2011

Lagi loleksi Lencana-lencana Jambori Pengakap




































































Saturday, May 15, 2010

JOTA MALAYSIA KE-3




JAMBORI DI UDARA (JOTA) MALAYSIA YANG KETIGA

sukacitanya dimaklumkan bahawa Jambori Di Udara (JOTA) peringkat Kebangsaan Malaysia yang ke tiga akan diadakan dari jam 6.00 petang 14hb Mei (Jumaat) hingga jam 5.00 petang 16hb Mei 2010.

Program tahunan ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada ahli Pengakap Malaysia berkenaan Kepengakapan Radio (Radio Scouting) yang makin digemari di kalangan Pengakap seluruh dunia. Ianya juga diharap akan dapat memberi keyakinan diri kepada ahli Pengakap Malaysia untuk menyertai JOTA di peringkat dunia dan rantau Asia Pasifik di mana pada tahun ini Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi JOTA APR pada bulan Ogos akan datang.

JOTA Malaysia kali ini akan diadakan serentak dengan Jambori 1 Belia 1 Malaysia bertempat di Putrajaya. Majlis perasmiaan JOTA akan diadakan pada 14hb Mei 2010 pada sekitar jam 8 malam.

Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor akan menyertai aktiviti tersebut dan membuka stesen Jota di Tapak Perkhemahan Kontingen PPM Negeri Selangor di Wetland Putrajaya dengan menggunakan callsign 9M4SJB.

Sepertimana di tahun-tahun yang lalu, Krew Kelana Komunikasi Ibu Pejabat Kebangsaan telah dipertanggungjawakan untuk menganjur dan memantau program ini bagi pihak PPM.

Segala pertanyaan dan kemusykilan boleh dimajukan kepada Pesuruhjaya Ibu Pejabat (Komunikasi) yang juga Timbalan Pengerusi Krew, En Ahmad Razif Ramli (019 382 8534 email: razif@scouts.my).
Risalah berkenaan JOTA juga boleh dimuat turun dari http://jota.scouts.my

Stesen JOTA yang menyertai aktiviti tersebut hendaklah menghantar laporan menggunakan borang yang telah disediakan dalam risalah tersebut sebelum 15hb Jun 2010.

Jumpa di sana........... 73

Dipetik dari www.9m4csb.blogspot.com

Monday, November 9, 2009

Family Trip To Kota Kinabalu, SABAH





Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia




Percutian bersama keluarga tersayang ( Abah&Mama, Pak Lang&family, Mak Tam&family, Kak Long Yan&family, Kakak&family ) pada 04-08 November 2009.





My 1st experience in my whole life










Flight 5100 leaving runaway.....Up,up and away!!!









Satu-satunya sajian yg paling aku enjoy di awan biru....
Bile lagi nk rasa makan diatas ruang udara ( dlm plane )?
RM9 plak tu....
$S5......Sedappppp...








Nie entah pulau ape2 agaknyer..lost track...dalm google map pun x jumpe









Finally...Selamat mendarat dan tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah







Simbolik Negeri Di Bawah Bayu.....Ikan Layaran / Sail Fish






2nd Day

Lawatan ke Muzium Adat & Tradisi Sabah
Alah...dekat ajer..



Eyeball QSO bersama rakan 9M6/9W6

9W6OMM,9W6EMY,9W2BKN

9M6JC,9W6AJJ,9M6TMT

Tauke kedai mamak ( Rafee Curry House, Jln Panampang )
















Logo ni yang mahal tu,bro!!!






Eyeball ending @ 0200am

3rd Day



Hari ini tempat lawatan yang dicadangkan adalah Kinabalu Park.
Perjalanan yang agak jauh dan memakan masa lebih kurang 2 jam.




Tuesday, October 6, 2009

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI ANJURAN BERSAMA 9W2THA & ASTRA SELANGOR/KUALA LUMPUR


Rakan-rakan dijemput hadir bersama keluarga ke majlis sambutan Aidilfitri anjuran bersama 9W2THA Haji Azhar bin Haji Ahmad & ASTRA Selangor/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Butirannya adalah seperti berikut:-

Tarikh : 10/10/2009 (Sabtu)
Masa : 8.30pm
Alamat : Lot 7460, Batu 14 Bandar Bukit Puchong, Selangor (bersebelahan The Heron Condominium)
Koordinat GPS : N 02 59.373 E101 37.630
Calling Channel : V 38 145.4750MHz

Sumber diperolehi daripada : 9W2MUC
http://astra-tengah.blogspot.com/2009/09/majlis-sambutan-aidilfitri-anjuran.html


JOTA PENGAKAP DUNIA KE-52 / 52nd World Scout JOTA


The 52nd JOTA 2009

Jambori Di Udara Ke-52/The 52nd Jamboree On The Air datang lagi. Kali ini pada 17 dan 18 Oktober 2009. Maklumat lanjut di web berikut : jota.sub.cc

Sehubungan itu, pihak PPM Daerah Sungai Besar dan KERAP bercadang untuk membuka satu stesen JOTA di SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor.

Maklumat lanjut sila hubungi :
Mohd Hussairy Sidek (ADC Perhubungan) 019-2585759

9M4SJB : STESEN JOTA PPM DAERAH SUNGAI BESAR

JAMBORI DI UDARA PENGAKAP DUNIA KE-52
52nd World Scout JOTA

Stesen JOTA PPM Daerah Sungai Besar
Callsign : 9M4SJB
Tarikh : 17 - 18 Oktober 2009
Lokasi : S.M.K. Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Selangor


Jambori Di Udara/Jamboree On The Air - JOTA - adalah aktiviti tahunan ahli pengakap dari seluruh dunia dapat berhubung melalui Radio Amateur atau Ham Radio. Melalui JOTA ini ahli pengakap dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman. Sejak tahun 1958, iaitu apabila JOTA pertama diadakan dan sehingga kini, berjuta ahli pengakap dari seluruh dunia telah dapat berhubung dan berkenalan melalui aktiviti ini, Ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam JOTA dapat berhubung tanpa mengira umur, bilangan peserta dan sebagainya. Pada kebiasaannya stesen radio dikendalikan oleh pengendali yang berlesen. Kebanyakkan pemimpin pengakap telah memiliki lesen dan mempunyai stesen radio masing-masing. Pada lazimnya JOTA akan diadakan pada minggu ketiga bulan Oktober setiap tahun JOTA akan bermula pada pagi hari Sabtu sehingga malam hari Ahad.

Kini, JOTA Pengakap Dunia masuk tahun ke-52. Sempena itu, PPM Sungai Besar, turut merancang bagi memeriahkan JOTA kali ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli pengakap. Pemimpin dan peserta diharap dapat datang pada masa yang ditetapkan supaya aktiviti JOTA dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Maklumat lanjut sila hubungi :
Mohd Hussairy Sidek (9W2VVH) - 0192585759
Penolong Pesuruhjaya Daerah (Perhubungan)
PPM Daerah Sungai Besar

Tuesday, September 29, 2009

Al-Fatihah ( Sumbangan Derma Kilat )

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kpd semua rakan JPAM & Radio Amatur.

Salam Takziah kpd sahabat kita Pbt(PA)T-43168 Mohd Sharan Mohd Rani dari Unit Pasir Raja Daerah Dungun, Trengganu di atas kematian anak beliau yg baru berumur 1 tahun pada petang tadi 29/09/2009 jam 1725 kerana menjalani pembedahan utk penukaran tiub jantung di Hospital Kuala Trengganu. Beliau pernah berkhidmat di JPAM Selangor dan IPPA.

Dapatlah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kpd arwah.

Kpd rakan yg sudi menghulurkan sumbangan bolehlah berhubung terus dgn beliau di no +60193517006 atau boleh sumbangkan melalui akaun
BSN 1120 0290 0019 2217 Mohd Sharan Mohd Rani
.

Semoga sumbangan anda di bulan Syawal yg mulia ini sedikit sebanyak dpt mengurangkan bebanan yang ditanggung beliau sekeluarga.Insya Allah,hanya tuhan shj yg dpt membalas jasa & sumbangan ikhlas anda.

Terima Kasih dari 9W2BKN/B46604 Pbt(PA)Nor Azman-Unit Sentul WPKL